MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2014
(6.1.2014)

Majlis watikah pelantikan bagi Pengawas Sekolah, Pengawas Asrama, Pengawas Persada, dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan pada 6 Januari 2014 bersamaan hari Isnin bertempat di Surau SMATT. Majlis ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn. Nazahatussaniyah Bt Hj.Shurdin dengan pemberian sijil watikah pelantikan kepada semua pengawas. Semoga semua pengawas yang telah dilantik dapat melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab dengan baik.